10:37 AM Edit This 0 Comments »

GUEST BOOK

6:06 AM Edit This 0 Comments »

BERITA SEMASA

12:46 PM Edit This 0 Comments »
LAWATAN PEMBESTARIAN

10 Februari 2010, Rombongan lawatan pengetua dan guru besar Program Sekolah Bestari Luar Bandar telah mengunjungi SMK Ampang Pecah. Salah satu sesi program lawatan ialah melawat PSS, Pusat Akses, Makmal Komputer dan Makmal Komputer Bestari. Di dalam Makmal Komputer, kelas demo pendidikan seni menggunakan IWB telah diadakan. Tetamu juga diberi peluang mencuba sendiri menggunakan IWB tersebut.

Salah seorang pelawat mencuba menggunakan IWB
Kelas Demo Pendidikan Seni




MAJLIS KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN KOKURIKULUM SERTA PROGRAM PEMBESTARIAN SEKOLAH

Pameran dan tunjukcara penggunaan IKit dan IWB telah diadakan kepada pengunjung yang hadir. Pn. Saemah Mat Sahir telah menerangkan penggunaan IWB kepad aEn. Kamal b. Rusdi, Peolong Pegawai Pendidikan Sektor Kemanusiaan sebelum beliau sendiri mencubanya.





LAWATAN DARI NEGARA ARAB SAUDI

MAKLUMAN

LAWATAN DARI NEGARA TIMUR TENGAH

Pada 30 Julai 2009 (Rabu), SMK Ampang Pecah akan dikunjungi oleh pelawat dari Saudi untuk melihat pelaksanaan pengajaran menggunakan LCMS bagi panitia Matematik dan Bahasa Inggeris. P&P akan dilaksanakan di dalam Makmal Bestari dan penggunaan I-Kit diutamakan.


PEMANTAUAN

1. Pemantauan SME secara On-Site

Tarikh : 13 Julai 2009

Pemantau : Dr. Aziah bt.Ismail (USM)

2. Pengurusan Pusat Akses Cemerlang Negeri Selangor

Tarikh : 14 Julai 2009

Pemantau : Peagawai BTPN Selangor

3. Pemantauan Sekolah Bestari oleh pasukan 'Smart Force'.

Tarikh : 15 Julai 2009

Pemantau : i. KUTV PPD Petaling Utama - En. Salleh

ii. KUTV PPD Hulu Langat - En. Musa

iii. GPB SMK BB Bangi - En. Musa b. Muhammad

iv. GPB SMAP Kajang - En. Taip

Semua unit yang dipantau harap dapat menyambut tetamu dengan mesra dan memberi bantuan sepenuhnya agar kerja pemantauan dapat dilaksanakan dengan lancar.


LAWATAN PENGARAH JPNS

.Kepada semua warga SMKAP, pada 12.5.09 sekolah ini akan menjadi tuan rumah bagi mesyuarat Pengarah JPN Selangor bersama semua pengetua dan guru besar serta pegawai-pegawai pengurusan jabatan berkaitan sekolah bestari.

2. Mesyuarat pra lawatan pengarah JPN Selangor akan diadakan pada 28 April 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat SMKAP

3. Pada 24.4.09, jam 3.00 petang, satu lawatan peribadi mengejut telah dilakukan oleh Pengarah JPN Selangor, Dr. Haji Zahri bin Aziz. D.S.M, A.M.N. ke Makmal Komputer SMK Ampang Pecah. "SELAMAT DATANG DIUCAPKAN DAN TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN".

4. Mesyuarat PSSSB negeri Selangor bil 1/2009 akan diadakan di SMK Ampang Pecah pada 12 Mei 2009. Pada tarikh itu juga, SMK Ampang Pecah dengan kerjasama PIBG, akan melancarkan Program Pembestarian Sekolah Luar Bandar SMK Ampang Pecah yang akan disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, Dr. Haji Zahri b. Aziz D.S.M, A.M.N. Semua Pengetua dan Guru Penolong Kanan Kurikulum Sekolah Bestari Selangor akan turut serta di majlis tersebut. Pusat Akses dan Makmal Komputer merupakan lokasi lawatan utama selepas mesyuarat PSSSB diadakan.

SELAMAT BERMESYUARAT


TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Mohd. Azhar b. Abdullah kerana pada 12.5.09 , beliau telah menerima berita gembira dinaikkan pangkat ke DG 44. Syabas dari semua warga SMK Ampang pecah.


TAHNIAH!!

Seramai 6 orang guru dari SMK Ampang Pecah telah dinaikkan pangkat ke DG44. Syabas diucapkan. Semoga semangat bekerja dan produktiviti dapat ditingkatkan lagi. Berikut ialah senarai nama guru yang telah dinaikkan pangkat ke DG44:

1. En. Hoe Sew Chau

2. En. Azlan Kamal Nazunniyah b. Ariffin

3. En. Mat Rahim b. Yom

4. En. Abg. Abdul Rahman b. Abg. Johnny

5. Pn. Sabah bt. Ahmad

6. Pn. Ranvender Jit Kaur


BRIGED BESTARI

Briged Siber SMK Ampang Pecah akan ditukar nama kepada Briged Bestari. Peranan Briged Bestari akan diperluaskan. Kemahiran ahli briged akan dipertingkatkan bagi membantu guru mengendalikan program ICT dan mengendalikan peralatan ICT di dalam kelas.

SAMBUTAN HARI GURU SMK AMPANG PECAH

Majlis sambutan hari guru bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa telah diadakan pada 18 Mei 2009 (Isnin). Turut hadir sama, YDP PIBG SMK Ampang Pecah, En. Mohd. Nor B. Abas. Ramai bekas pelajar SMK Ampang pecah yang turut hadir ke sekolah untuk berjumpa guru-guru dan mengucapkan Selamat Hari Guru. Terima kasih atas ingatan kalian semua. Berikut adalah sajak yang ditulis oleh salah seorang bekas pelajar SMK Ampang Pecah untuk tatapan semua guru.

Pada kerdipan mata itu,

Dapat ku intai keikhlasanmu,

Mengajarku dan mendidik anakmu ini,

Penuh kesabaran dan tabah.

Hati nuraniku ini tegar mengatakan,

Kerdipan matamu itu bukannya kepalsuan,

Lelahan dan kepenatan mendidikku terselindung di sebaliknya,

Demi anakmu yang tercinta.

Ku toleh semula ke masa lalu,

Ajaran dan tunjuk ajarmu,

Menjadikan aku kini teguh berdiri,

Mengejar cita-cita menggapai impian,

Padamu guru aku berjanji,

Segala usahamu takkan terkubur sepi,

Segulung ijazah akan menjadi bukti,

Bahawa pengorbananmu penuh bererti.

SELAMAT HARI GURU


NUKILAN UNTUK GURU - Farahanah Sukainah (2 Gemilang)

Sesungguhnya guru itu wujud dari satu pertemuan dengan sepuluh

pertanyaan atau seratus keyakinan atau seribu kali pengorbanan serta

berjuta-juta kali perjuangan dengan keikhlasan atas keredhaan Allah.

Andai seorang murid membuat kebaikan ukurlah dalam dadamu agar

tersemat di hati atau kekal sebagai memori terindah;

atau seandainya seorang murid itu membuat kesalahan tulislah ia di atas

kertas agar ia hilang ditiup angin kemaafan buat selamanya...





Berita Video EduwebTV

11:55 AM Edit This 0 Comments »
Sila layari: www.eduwebtv.com.my

Kandungan :NEWS 1 APRIL
*Hanya tiga kategori sekolah mulai tahun hadapan
** 15 sekolah luar bandar terpilih sebagai Sekolah Bestari .
*Only three categories of schools from next year.
 ** And, 15 rural schools to benefit from Smart School programme.

Kandungan: NEWS 30 MARCH
* Selected rural schools to undergo Smart School transformation
** Umno delegates urge introduction of history in primary school.  
  * 15 buah sekolah luar bandar bakal mengalami transformasi menerusi Program Pembestarian Sekolah                        kawasan luar bandar.
  ** Perkasakan semangat patriotisme generasi muda negara melalui subjek Sejarah.

PERKONGSIAN PINTAR

8:49 AM Edit This 0 Comments »
Menukar PDF menjadi tayangan Flash

Mungkin ramai yang telah mengetahui mengenai scribd. Perkongsian dokumen pdf dalam komuniti internet. Dokumen anda boleh dipaparkan dengan kaedah yang lebih menarik dan mudah. Namun begitu bagi yang belum dan mahu mencuba bolehlah mengikuti langkah berikut:

1. Lawati tapak web Scribd.com di http://www.scribd.com
2. Ikuti arahan yang diberi yang memuatkan 3 langkah yang perlu diikuti iaitu muat naik (upload), pengesahan(approve) dan penerbitan(publish). - Klik pada 'Click to Choose Files'
3. Setelah pendaftaran berjaya, anda boleh melakukan operasi upload fail daripada mana-mana pautan(link) - 'Clik to Upload'.
4. Jika anda belum pernah memasuki akaun tapak ini, anda dikehendaki memberi maklumat 'login' dan setelah itu, klik pautan login dan fail anda mula dimuat naik untuk ditukar formatnya.
5. Setelah proses berjaya klik My Doc untuk melihat fail yang baru dimuat naik. Anda boleh melihat statusnya di sini.
6. Fail yang telah diproses akan dipaparkan dalam akaun anda dan pautan seperti Embed,Share,Download, dan Edit dapat dilihat di atas laman anda. di bawahnya pula tertera sebuah panel yang dilengkapi butang kawalan untuk menayangkan dokumen anda tadi.
7. Klik pada pautan 'Share' yang terletak di hujung fail anda. anda boleh melihat kod tertanam, URL web dan alamat laman dokumen. Anda boleh menyalin maklumat tersebut untuk dikongsi dan dirujuk nanti.
8. Anda boleh menukar ketetapan akaun jika perlu. Jika tidak terus saja logout dengan klik pada pautan Logout. Kemudian anda boleh mengakses alamat web untuk melihat tayangan seluas skrin.
9. Tunggu proses aliran tamat dan anda boleh menonton dokumen tersebut dengan bantuan panel kawalannya.
10. Klik pada iPaper untuk melihat pilihan yang ada. Misalnya View Mode menyediakan 3 cara paparan. Anda boleh menguji pilihan dan butang yang lain.

SELAMAT MENCUBA DAN BERKONGSI ILMU DI ALAM MAYA.



BERITA TERKINI

8:05 AM Edit This 0 Comments »

Sentral: RM1.4 juta bangun IT dua Sekolah Bestari

CYBERJAYA: Program Sekolah Bestari yang dijayakan Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) terus mendapat sokongan sektor korporat apabila 10 syarikat swasta menyumbangkan peruntukan berjumlah RM1.4 juta untuk membangunkan kemudahan teknologi maklumat (IT) di dua lagi sekolah di luar bandar, tahun ini.

Dua sekolah baru yang dipilih menyertai Program Sekolah Bestari Luar Bandar itu ialah
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru, Selangor dan SMK Felda Palong 14, Gemas, Negeri Sembilan.

Antara syarikat terbabit termasuk Multimedia Synergy Corporation Sdn Bhd; Panasonic (M) Sdn Bhd, TM Smartschool, Microsof Malaysia, Pintar Learning Sdn Bhd, Oracle Corporation Malaysia, Packet One Networks (M) Sdn Bhd, 5th Ilmuworld Sdn Bhd dan Commax Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali, berkata ia adalah kesinambungan daripada program Sekolah Bestari membabitkan 88 sekolah bandar yang dilaksanakan tiga tahun lalu.

Badlisham berkata, antara kemudahan yang bakal dinikmati dua sekolah terbabit ialah komputer riba, perkhidmatan penyambungan internet tanpa wayar (Wi-Fi) dan pemasangan Kebolehoperasian Global untuk Capaian Gelombang Mikro (WiMAX).

"Kita akan menjadikan dua sekolah itu sebagai contoh atau model untuk mengenal pasti masalah yang bakal dihadapi terutama gangguan elektrik yang mungkin berlaku. Kita akan mengkaji bagaimana untuk mengatasi masalah terbabit.

"Sekiranya kementerian bersetuju, kita akan memperluaskan program itu kepada 13 sekolah lain yang akan diumumkan kementerian bulan depan," katanya ketika ditemui pada pra pelancaran Program Sekolah Pintar Luar Bandar di sini, kelmarin. 



PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER

7:02 AM Edit This 0 Comments »
ORGANISASI

Pengerusi
: Pn. Hajah Hamidah bt. Saman
Pengetua SMK Ampang Pecah
Timb. Pengerusi : Tn. Haji Mohtar b. Husin
GPK Kurikulum
Naib Pengerusi : En. Mohd. Suhaimi b. Abdullah
GPK HEM
: Pn. Norlida bt. Rahmat
GPK Kokurikulum
Penyelaras : Pn. Saemah bt. Mat Sahir
Pen. Penyelaras : Pn. Tan Gee Loi
Juruteknik Komputer : En. Saiful Nizam b. Abu Bakar


VISI
Melahirkan insan yang cemerlang dan seimbang dalam aspek pengurusan ilmu teknologi maklumat dan komunikasi sejajar dengan keperluan semasa.

MISI
Menggalakkan para pelajar dan guru mempelajari dan menggunakan teknologi maklumat dalam aspek P&P di sekolah dan di rumah.

Menyediakan peluang kepada pelajar dan guru menggunakan kemudahan teknologi ICT bagi menyediakan diri menghadapi dunia globalisasi ke arah pendidikan bertaraf dunia.

Mendidik pengguna ICT agar lebih terbimbing dan beretika serta bermatlamat positif dalam menguasai kemahiran ICT bagi membantu mencapai kecemerlangan diri,agama,bangsa dan negara.

OBJEKTIF
Meningkatkan pembangunan dan penggunaan infrastruktur ICT di sekolah.

Meningkatkan mutu pengajaran dan pemelajaran di sekolah melalui penggunaan ICT.

Mewujudkan suasana Learning Organization di sekolah melalui program-program ICT.

Memantapkan pentadbiran dan pengurusan yang cekap, sistematik dan berkesan di sekolah.

Mewujudkan sistem pembangunan sumber manusia di sekolah untuk menangani cabaran dan keperluan perkembangan ICT dan K-ekonomi.


PIAGAM PELANGGAN

Kami Unit ICT SMKAP berjanji untuk:

Memberikan perkhidmatan pendidikan yang sempurna dan berkesan dalam bidang ICT.

Menyediakan program peningkatan kemahiran dalam bidang ICT kepada guru dan pelajar serta staf sokongan .

Membantu guru menyediakan bahan bantu mengajar dari segi teknikal bagi memantapkan lagi proses P&P.

Menyediakan maklumat berkaitan ilmu ICT dan perkembangan semasa dunia ICT.