BERITA SEMASA

12:46 PM Edit This 0 Comments »
LAWATAN PEMBESTARIAN

10 Februari 2010, Rombongan lawatan pengetua dan guru besar Program Sekolah Bestari Luar Bandar telah mengunjungi SMK Ampang Pecah. Salah satu sesi program lawatan ialah melawat PSS, Pusat Akses, Makmal Komputer dan Makmal Komputer Bestari. Di dalam Makmal Komputer, kelas demo pendidikan seni menggunakan IWB telah diadakan. Tetamu juga diberi peluang mencuba sendiri menggunakan IWB tersebut.

Salah seorang pelawat mencuba menggunakan IWB
Kelas Demo Pendidikan Seni




MAJLIS KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN KOKURIKULUM SERTA PROGRAM PEMBESTARIAN SEKOLAH

Pameran dan tunjukcara penggunaan IKit dan IWB telah diadakan kepada pengunjung yang hadir. Pn. Saemah Mat Sahir telah menerangkan penggunaan IWB kepad aEn. Kamal b. Rusdi, Peolong Pegawai Pendidikan Sektor Kemanusiaan sebelum beliau sendiri mencubanya.





LAWATAN DARI NEGARA ARAB SAUDI

MAKLUMAN

LAWATAN DARI NEGARA TIMUR TENGAH

Pada 30 Julai 2009 (Rabu), SMK Ampang Pecah akan dikunjungi oleh pelawat dari Saudi untuk melihat pelaksanaan pengajaran menggunakan LCMS bagi panitia Matematik dan Bahasa Inggeris. P&P akan dilaksanakan di dalam Makmal Bestari dan penggunaan I-Kit diutamakan.


PEMANTAUAN

1. Pemantauan SME secara On-Site

Tarikh : 13 Julai 2009

Pemantau : Dr. Aziah bt.Ismail (USM)

2. Pengurusan Pusat Akses Cemerlang Negeri Selangor

Tarikh : 14 Julai 2009

Pemantau : Peagawai BTPN Selangor

3. Pemantauan Sekolah Bestari oleh pasukan 'Smart Force'.

Tarikh : 15 Julai 2009

Pemantau : i. KUTV PPD Petaling Utama - En. Salleh

ii. KUTV PPD Hulu Langat - En. Musa

iii. GPB SMK BB Bangi - En. Musa b. Muhammad

iv. GPB SMAP Kajang - En. Taip

Semua unit yang dipantau harap dapat menyambut tetamu dengan mesra dan memberi bantuan sepenuhnya agar kerja pemantauan dapat dilaksanakan dengan lancar.


LAWATAN PENGARAH JPNS

.Kepada semua warga SMKAP, pada 12.5.09 sekolah ini akan menjadi tuan rumah bagi mesyuarat Pengarah JPN Selangor bersama semua pengetua dan guru besar serta pegawai-pegawai pengurusan jabatan berkaitan sekolah bestari.

2. Mesyuarat pra lawatan pengarah JPN Selangor akan diadakan pada 28 April 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat SMKAP

3. Pada 24.4.09, jam 3.00 petang, satu lawatan peribadi mengejut telah dilakukan oleh Pengarah JPN Selangor, Dr. Haji Zahri bin Aziz. D.S.M, A.M.N. ke Makmal Komputer SMK Ampang Pecah. "SELAMAT DATANG DIUCAPKAN DAN TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN".

4. Mesyuarat PSSSB negeri Selangor bil 1/2009 akan diadakan di SMK Ampang Pecah pada 12 Mei 2009. Pada tarikh itu juga, SMK Ampang Pecah dengan kerjasama PIBG, akan melancarkan Program Pembestarian Sekolah Luar Bandar SMK Ampang Pecah yang akan disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, Dr. Haji Zahri b. Aziz D.S.M, A.M.N. Semua Pengetua dan Guru Penolong Kanan Kurikulum Sekolah Bestari Selangor akan turut serta di majlis tersebut. Pusat Akses dan Makmal Komputer merupakan lokasi lawatan utama selepas mesyuarat PSSSB diadakan.

SELAMAT BERMESYUARAT


TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Mohd. Azhar b. Abdullah kerana pada 12.5.09 , beliau telah menerima berita gembira dinaikkan pangkat ke DG 44. Syabas dari semua warga SMK Ampang pecah.


TAHNIAH!!

Seramai 6 orang guru dari SMK Ampang Pecah telah dinaikkan pangkat ke DG44. Syabas diucapkan. Semoga semangat bekerja dan produktiviti dapat ditingkatkan lagi. Berikut ialah senarai nama guru yang telah dinaikkan pangkat ke DG44:

1. En. Hoe Sew Chau

2. En. Azlan Kamal Nazunniyah b. Ariffin

3. En. Mat Rahim b. Yom

4. En. Abg. Abdul Rahman b. Abg. Johnny

5. Pn. Sabah bt. Ahmad

6. Pn. Ranvender Jit Kaur


BRIGED BESTARI

Briged Siber SMK Ampang Pecah akan ditukar nama kepada Briged Bestari. Peranan Briged Bestari akan diperluaskan. Kemahiran ahli briged akan dipertingkatkan bagi membantu guru mengendalikan program ICT dan mengendalikan peralatan ICT di dalam kelas.

SAMBUTAN HARI GURU SMK AMPANG PECAH

Majlis sambutan hari guru bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa telah diadakan pada 18 Mei 2009 (Isnin). Turut hadir sama, YDP PIBG SMK Ampang Pecah, En. Mohd. Nor B. Abas. Ramai bekas pelajar SMK Ampang pecah yang turut hadir ke sekolah untuk berjumpa guru-guru dan mengucapkan Selamat Hari Guru. Terima kasih atas ingatan kalian semua. Berikut adalah sajak yang ditulis oleh salah seorang bekas pelajar SMK Ampang Pecah untuk tatapan semua guru.

Pada kerdipan mata itu,

Dapat ku intai keikhlasanmu,

Mengajarku dan mendidik anakmu ini,

Penuh kesabaran dan tabah.

Hati nuraniku ini tegar mengatakan,

Kerdipan matamu itu bukannya kepalsuan,

Lelahan dan kepenatan mendidikku terselindung di sebaliknya,

Demi anakmu yang tercinta.

Ku toleh semula ke masa lalu,

Ajaran dan tunjuk ajarmu,

Menjadikan aku kini teguh berdiri,

Mengejar cita-cita menggapai impian,

Padamu guru aku berjanji,

Segala usahamu takkan terkubur sepi,

Segulung ijazah akan menjadi bukti,

Bahawa pengorbananmu penuh bererti.

SELAMAT HARI GURU


NUKILAN UNTUK GURU - Farahanah Sukainah (2 Gemilang)

Sesungguhnya guru itu wujud dari satu pertemuan dengan sepuluh

pertanyaan atau seratus keyakinan atau seribu kali pengorbanan serta

berjuta-juta kali perjuangan dengan keikhlasan atas keredhaan Allah.

Andai seorang murid membuat kebaikan ukurlah dalam dadamu agar

tersemat di hati atau kekal sebagai memori terindah;

atau seandainya seorang murid itu membuat kesalahan tulislah ia di atas

kertas agar ia hilang ditiup angin kemaafan buat selamanya...





0 comments: