BERITA SEMASA
12:46 PM Edit This 0 Comments »MAKLUMAN
LAWATAN DARI NEGARA TIMUR TENGAH
Pada 30 Julai 2009 (Rabu), SMK Ampang Pecah akan dikunjungi oleh pelawat dari Saudi untuk melihat pelaksanaan pengajaran menggunakan LCMS bagi panitia Matematik dan Bahasa Inggeris. P&P akan dilaksanakan di dalam Makmal Bestari dan penggunaan I-Kit diutamakan.
PEMANTAUAN
1. Pemantauan SME secara On-Site
Tarikh : 13 Julai 2009
Pemantau : Dr. Aziah bt.Ismail (USM)
2. Pengurusan Pusat Akses Cemerlang Negeri Selangor
Tarikh : 14 Julai 2009
Pemantau : Peagawai BTPN Selangor
3. Pemantauan Sekolah Bestari oleh pasukan 'Smart Force'.
Tarikh : 15 Julai 2009
Pemantau : i. KUTV PPD Petaling Utama - En. Salleh
ii. KUTV PPD Hulu Langat - En. Musa
iii. GPB SMK BB Bangi - En. Musa b. Muhammad
iv. GPB SMAP Kajang - En. Taip
Semua unit yang dipantau harap dapat menyambut tetamu dengan mesra dan memberi bantuan sepenuhnya agar kerja pemantauan dapat dilaksanakan dengan lancar.
LAWATAN PENGARAH JPNS
.Kepada semua warga SMKAP, pada 12.5.09 sekolah ini akan menjadi tuan rumah bagi mesyuarat Pengarah JPN Selangor bersama semua pengetua dan guru besar serta pegawai-pegawai pengurusan jabatan berkaitan sekolah bestari.
2. Mesyuarat pra lawatan pengarah JPN Selangor akan diadakan pada 28 April 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat SMKAP
3. Pada 24.4.09, jam 3.00 petang, satu lawatan peribadi mengejut telah dilakukan oleh Pengarah JPN Selangor, Dr. Haji Zahri bin Aziz. D.S.M, A.M.N. ke Makmal Komputer SMK Ampang Pecah. "SELAMAT DATANG DIUCAPKAN DAN TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN".
4. Mesyuarat PSSSB negeri Selangor bil 1/2009 akan diadakan di SMK Ampang Pecah pada 12 Mei 2009. Pada tarikh itu juga, SMK Ampang Pecah dengan kerjasama PIBG, akan melancarkan Program Pembestarian Sekolah Luar Bandar SMK Ampang Pecah yang akan disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, Dr. Haji Zahri b. Aziz D.S.M, A.M.N. Semua Pengetua dan Guru Penolong Kanan Kurikulum Sekolah Bestari Selangor akan turut serta di majlis tersebut. Pusat Akses dan Makmal Komputer merupakan lokasi lawatan utama selepas mesyuarat PSSSB diadakan.
SELAMAT BERMESYUARAT
TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!
Tahniah diucapkan kepada Cikgu Mohd. Azhar b. Abdullah kerana pada 12.5.09 , beliau telah menerima berita gembira dinaikkan pangkat ke DG 44. Syabas dari semua warga SMK Ampang pecah.
TAHNIAH!!
Seramai 6 orang guru dari SMK Ampang Pecah telah dinaikkan pangkat ke DG44. Syabas diucapkan. Semoga semangat bekerja dan produktiviti dapat ditingkatkan lagi. Berikut ialah senarai nama guru yang telah dinaikkan pangkat ke DG44:
1. En. Hoe Sew Chau
2. En. Azlan Kamal Nazunniyah b. Ariffin
3. En. Mat Rahim b. Yom
4. En. Abg. Abdul Rahman b. Abg. Johnny
5. Pn. Sabah bt. Ahmad
6. Pn. Ranvender Jit Kaur
BRIGED BESTARI
Briged Siber SMK Ampang Pecah akan ditukar nama kepada Briged Bestari. Peranan Briged Bestari akan diperluaskan. Kemahiran ahli briged akan dipertingkatkan bagi membantu guru mengendalikan program ICT dan mengendalikan peralatan ICT di dalam kelas.
SAMBUTAN HARI GURU SMK AMPANG PECAH
Majlis sambutan hari guru bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa telah diadakan pada 18 Mei 2009 (Isnin). Turut hadir sama, YDP PIBG SMK Ampang Pecah, En. Mohd. Nor B. Abas. Ramai bekas pelajar SMK Ampang pecah yang turut hadir ke sekolah untuk berjumpa guru-guru dan mengucapkan Selamat Hari Guru. Terima kasih atas ingatan kalian semua. Berikut adalah sajak yang ditulis oleh salah seorang bekas pelajar SMK Ampang Pecah untuk tatapan semua guru.
Pada kerdipan mata itu,
Dapat ku intai keikhlasanmu,
Mengajarku dan mendidik anakmu ini,
Penuh kesabaran dan tabah.
Hati nuraniku ini tegar mengatakan,
Kerdipan matamu itu bukannya kepalsuan,
Lelahan dan kepenatan mendidikku terselindung di sebaliknya,
Demi anakmu yang tercinta.
Ku toleh semula ke masa lalu,
Ajaran dan tunjuk ajarmu,
Menjadikan aku kini teguh berdiri,
Mengejar cita-cita menggapai impian,
Padamu guru aku berjanji,
Segala usahamu takkan terkubur sepi,
Segulung ijazah akan menjadi bukti,
Bahawa pengorbananmu penuh bererti.
SELAMAT HARI GURU
NUKILAN UNTUK GURU - Farahanah Sukainah (2 Gemilang)
Sesungguhnya guru itu wujud dari satu pertemuan dengan sepuluh
pertanyaan atau seratus keyakinan atau seribu kali pengorbanan serta
berjuta-juta kali perjuangan dengan keikhlasan atas keredhaan Allah.
Andai seorang murid membuat kebaikan ukurlah dalam dadamu agar
tersemat di hati atau kekal sebagai memori terindah;
atau seandainya seorang murid itu membuat kesalahan tulislah ia di atas
kertas agar ia hilang ditiup angin kemaafan buat selamanya...
Berita Video EduwebTV
11:55 AM Edit This 0 Comments »Kandungan :NEWS 1 APRIL
*Hanya tiga kategori sekolah mulai tahun hadapan
** 15 sekolah luar bandar terpilih sebagai Sekolah Bestari .
*Only three categories of schools from next year.
** And, 15 rural schools to benefit from Smart School programme.
* Selected rural schools to undergo Smart School transformation
** Umno delegates urge introduction of history in primary school.
* 15 buah sekolah luar bandar bakal mengalami transformasi menerusi Program Pembestarian Sekolah kawasan luar bandar.
PERKONGSIAN PINTAR
8:49 AM Edit This 0 Comments »Mungkin ramai yang telah mengetahui mengenai scribd. Perkongsian dokumen pdf dalam komuniti internet. Dokumen anda boleh dipaparkan dengan kaedah yang lebih menarik dan mudah. Namun begitu bagi yang belum dan mahu mencuba bolehlah mengikuti langkah berikut:
BERITA TERKINI
8:05 AM Edit This 0 Comments »Sentral: RM1.4 juta bangun IT dua Sekolah Bestari
CYBERJAYA: Program Sekolah Bestari yang dijayakan Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) terus mendapat sokongan sektor korporat apabila 10 syarikat swasta menyumbangkan peruntukan berjumlah RM1.4 juta untuk membangunkan kemudahan teknologi maklumat (IT) di dua lagi sekolah di luar bandar, tahun ini.
Dua sekolah baru yang dipilih menyertai Program Sekolah Bestari Luar Bandar itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru, Selangor dan SMK Felda Palong 14, Gemas, Negeri Sembilan.
Antara syarikat terbabit termasuk Multimedia Synergy Corporation Sdn Bhd; Panasonic (M) Sdn Bhd, TM Smartschool, Microsof Malaysia, Pintar Learning Sdn Bhd, Oracle Corporation Malaysia, Packet One Networks (M) Sdn Bhd, 5th Ilmuworld Sdn Bhd dan Commax Sdn Bhd.
Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali, berkata ia adalah kesinambungan daripada program Sekolah Bestari membabitkan 88 sekolah bandar yang dilaksanakan tiga tahun lalu.
Badlisham berkata, antara kemudahan yang bakal dinikmati dua sekolah terbabit ialah komputer riba, perkhidmatan penyambungan internet tanpa wayar (Wi-Fi) dan pemasangan Kebolehoperasian Global untuk Capaian Gelombang Mikro (WiMAX).
"Kita akan menjadikan dua sekolah itu sebagai contoh atau model untuk mengenal pasti masalah yang bakal dihadapi terutama gangguan elektrik yang mungkin berlaku. Kita akan mengkaji bagaimana untuk mengatasi masalah terbabit.
"Sekiranya kementerian bersetuju, kita akan memperluaskan program itu kepada 13 sekolah lain yang akan diumumkan kementerian bulan depan," katanya ketika ditemui pada pra pelancaran Program Sekolah Pintar Luar Bandar di sini, kelmarin.
PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER
7:02 AM Edit This 0 Comments »Meningkatkan mutu pengajaran dan pemelajaran di sekolah melalui penggunaan ICT.
Mewujudkan suasana Learning Organization di sekolah melalui program-program ICT.
Memantapkan pentadbiran dan pengurusan yang cekap, sistematik dan berkesan di sekolah.
Mewujudkan sistem pembangunan sumber manusia di sekolah untuk menangani cabaran dan keperluan perkembangan ICT dan K-ekonomi.